Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga mendiang Ronnie

19 Jun 2022 • 7:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas atlet dan jurulatih lawan pedang negara, Ronnie Ignatius Theseira yang meninggal dunia semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

Ronnie, 92, yang membantu memperkenalkan sukan lawan pedang di Malaysia sekitar 1950-an, meninggal dunia akibat sakit tua.

Mendiang yang pernah mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo merupakan pengasas Persatuan Lawan Pedang Amatur Malaysia selain pernah melatih kebanyakan bekas pemain negara pada era 1970-an dan 1980-an. - Bernama