Agong, Permaisuri zahir ucapan Salam Maal Hijrah

18 Jul 2023 • 8:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Poster Salam Maal Hijrah Seri Paduka berdua dikongsi di Facebook rasmi Istana Negara hari ini. - Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Salam Maal Hijrah sempena 1 Muharam 1445 Hijrah esok.

Turut menitipkan ucapan Salam Maal Hijrah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Poster Salam Maal Hijrah Seri Paduka berdua dikongsi di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) esok dengan tema Perpaduan Teras Malaysia Madani. - Bernama