Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Deepavali

LocalPolitics
31 Oct 2024 • 9:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.

Ucapan baginda berdua dikongsi dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Semoga Deepavali membawa kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan dalam hidup anda. Selamat menyambut Deepavali buat anda dan orang tersayang,” menurut hantaran itu.

Deepavali atau pesta cahaya akan disambut penganut Hindu hari ini.

Sumber: BERNAMA