Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

14 May 2023 • 11:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di Malaysia. - Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di Malaysia.

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan Seri Paduka berdua dizahirkan menerusi poster Selamat Hari Ibu yang dimuat naik di Facebook Istana Negara pada Ahad.

"Selamat Hari Ibu. Ibu, suri hatiku,” demikian menurut catatan di poster berkenaan.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. - Bernama