Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional

29 May 2023 • 11:24 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai sambutan HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

IPOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”.

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tersebut dizahirkan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai sambutan HAWANA sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Sambutan HAWANA 2023 dianjur di Perak bermula Sabtu lepas hingga hari ini oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pelaksanaannya dikendalikan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Sambutan kali ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved