Agong, Raja Permaisuri santuni tetamu di Majlis Aidilfitri Istana Negara

LocalPolitics
21 Mar 2026 • 1:34 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersama isteri Wan Azizah Wan Ismail, selain Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Lebih 600 tetamu hadir memeriahkan majlis termasuk menteri-menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul serta Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Turut hadir ialah wakil perwakilan asing dari beberapa negara termasuk United Kingdom, Iran, Azerbaijan dan Indonesia.

Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional termasuk hidangan popular Johor seperti kacang pool dan sup tulang merah, selain lemang, ketupat, rendang serta nasi beriani.

Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan lagu raya oleh Quintet Pancaragam Diraja Malaysia (PDRM) serta persembahan khas daripada penyanyi terkenal, DJ Dave.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama para tetamu yang hadir.

Terdahulu, baginda berdua turut menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved