Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Hari Guru Kepada Warga Pendidik

16 May 2024 • 12:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah zahir ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. - Gambar FACEBOOK

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah pengorbanan dan jasa warga pendidik harus sentiasa dikenang kerana peranan mereka begitu penting dalam membangun bangsa dan masyarakat.

"Terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik kami, ilmu dan bakti kalian akan sentiasa dikenang," titah Seri Paduka Baginda berdua.

Bagi sambutan Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan mengangkat tema 'Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani' dengan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC), Pahang, hari ini. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved