Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

12 Nov 2023 • 10:20 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di seluruh negara.

Ucapan baginda berdua dikongsi menerusi poster di akaun Instagram Istana Negara.

“Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu,” menurut catatan di poster itu.

Penganut Hindu di Malaysia menyambut Deepavali atau pesta cahaya hari ini.-Bernama