Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

1 May 2024 • 12:07 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan kepada semua warga pekerja negara sempena sambutan Hari Pekerja hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua bertitah, warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.

"Terima kasih di atas usaha, komitmen dan pengorbanan anda. Tanpa penat lelah setiap lapisan para pekerja, kemajuan takkan tercapai.

"Selamat Hari Pekerja!" titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan pekerja kepada negara dengan tema sambutan tahun ini adalah 'Pekerja Kesuma Bangsa'. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved