Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Deepavali

LocalPolitics
19 Oct 2025 • 11:25 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat beragama Hindu di Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar sambutan Deepavali tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.

“Semoga perayaan ini mengukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian antara rakyat pelbagai kaum serta agama di negara ini,” titah baginda dalam hantaran tersebut.

Deepavali atau dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut oleh penganut agama Hindu di seluruh negara esok bagi memperingati kemenangan cahaya mengatasi kegelapan serta kebaikan mengatasi kejahatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved