Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Pekerja

1 May 2025 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja di negara ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah, hari ini negara menghargai dedikasi dan komitmen pekerja yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

"Setiap titik peluh yang dicurahkan adalah asas kepada pembangunan yang kita nikmati pada hari ini. Terima kasih atas jasa anda semua,” titah Seri Paduka Baginda.

'Pekerja Kesuma Bangsa' dipilih sebagai tema Hari Pekerja 2025 dengan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini dihadiri lebih 10,000 pekerja awam dan swasta daripada pelbagai sektor. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved