Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Aidiladha

6 Jun 2025 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.

"Jadikan semangat pengorbanan ini terus menyatukan rakyat dalam keharmonian, kasih sayang dan nilai kemanusiaan sejagat,” titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut mendoakan supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved