Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina

LocalPolitics
28 Jan 2025 • 8:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambutnya. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa, Seri Paduka Baginda bertitah, semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran serta kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya.

"Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut esok merupakan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan. - Bernama