Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

16 Feb 2026 • 8:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, Seri Paduka Baginda bertitah semoga perayaan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan.

"Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini juga membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara tercinta,” titah Seri Paduka Baginda.

Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina yang disambut esok adalah Tahun Kuda yang melambangkan tenaga, ketahanan dan kejayaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved