Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Musa Hitam

8 Nov 2022 • 8:34 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, semalam menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mariana Musa yang meninggal dunia pada Sabtu (5 Nov).

Mariana ialah anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut catatan itu. - Bernama