Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda

16 Jun 2024 • 3:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meraikan hari yang cukup istimewa hari ini bersama dengan anakanda Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim. Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Bapa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim meraikan hari yang cukup istimewa hari ini bersama dengan anakanda Baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Perkara itu dikongsikan Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Bah sayang anak-anak Bah. Terima kasih anak-anak Bah semua di atas ucapan dan kiriman bunga sempena Hari Bapa,” titah Seri Paduka Baginda.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang bapa yang menjadi pelindung keluarga. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved