Agong seru rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan rakyat di Turkiye dan Syria

9 Feb 2023 • 8:00 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia dapat bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat di negara Turkiye dan Syria yang berdepan kejadian gempa bumi.

Baginda turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang berlaku itu, Isnin lalu.

image is not available

“Agak sesuatu yang malang bagi rakyat di sana dan saya harap kita bersama-sama berdoa dan melakukan sembahyang hajat agar Allah dapat memberikan sedikit rahmah kepada mereka yang kehilangan nyawa.”

Jumlah itu dijangka terus meningkat kerana kerja menyelamat dan penggalian masih lagi dijalankan. Namun, perkhidmatan kecemasan agak terhalang kerana cuaca yang memburuk.

Sesetengah keluarga terpaksa menjadikan jalan-jalan, kereta api dan bangunan awam untuk digunakan sebagai penginapan sementara.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

image is not available

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia