Agong terima mengadap KPN di Istana Negara

LocalPolitics
13 Oct 2026 • 2:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Agong terima mengadap KPN di Istana Negara

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini.

Menerusi hantaran di akaun rasmi Baginda, pada sesi mengadap Tan Sri Mohd Khalid memperkenalkan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.

Datuk Seri Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa 9 September lalu.

Tan Sri Mohd Khalid turut memperkenalkan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.

Datuk Mohamad Zainal yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 September lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Agong terima mengadap KPN di Istana Negara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved