Agong terima menghadap Anwar

LocalPolitics
24 Feb 2026 • 1:18 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan yang berlangsung di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Pertemuan berkenaan turut menjadi platform bagi Perdana Menteri menyembah maklum pelbagai perkara melibatkan dasar dan perancangan kerajaan, termasuk perkembangan semasa yang memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat serta kestabilan negara.

Dalam hantaran sama, baginda dan Perdana Menteri juga membincangkan isu-isu semasa yang berkepentingan kepada negara, sejajar dengan peranan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Utama Negara dalam memastikan pentadbiran negara berjalan lancar dan teratur.

Pertemuan berkala antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri merupakan amalan biasa dalam sistem Raja Berperlembagaan bagi memastikan segala urusan kerajaan dimaklumkan kepada Seri Paduka Baginda dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved