Agong terima menghadap Pengerusi SPR, Panglima Angkatan Tentera

LocalPolitics
4 Jun 2026 • 10:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Agong terima menghadap Pengerusi SPR, Panglima Angkatan Tentera
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Image from: Agong terima menghadap Pengerusi SPR, Panglima Angkatan Tentera
Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu berlangsung di Istana Negara di sini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

**media[3540691]**

Hadir sama dalam pertemuan itu Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang baharu, Leftenan Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman.

"Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir sejam,” menurut hantaran itu. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved