
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terima menghadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku bagi taklimat hal ehwal negara.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku hari ini.
Pertemuan itu dinyatakan dalam hantaran rasmi di Facebook Seri Paduka Baginda.
Menurut hantaran tersebut, Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan hal ehwal negara.
Baginda turut dipersembahkan perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat. – Bernama


