Agong terima menghadap PM untuk mesyuarat Pra-Kabinet terakhir

LocalPolitics
23 Jan 2024 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Anwar untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara pada Selasa.

image is not available

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara petang ini.

Istana Negara menerusi catatan di Instagram dan Facebook rasmi memaklumkan sesi itu juga cukup istimewa buat kedua-dua pemimpin khususnya Al-Sultan Abdullah kerana ia adalah mesyuarat terakhir sebelum Seri Paduka menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Januari ini.

**media[2510297]**

Sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda berkenan berangkat menghadiri mesyuarat Pra-Kabinet sebanyak 160 kali termasuk sesi hari ini, dengan empat Perdana Menteri.

Mesyuarat Pra-Kabinet yang pertama ialah pada 13 Februari 2019.

Mesyuarat itu adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat bersama Perdana Menteri mengenai urusan serta isu berkaitan kerajaan.

Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 bagi tempoh lima tahun. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved