Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa tempoh ‘bulan madu’ akan segera tamat tidak lama lagi dan baginda akan memulakan tampuk pemerintahan yang sebenar. Menerusi YouTube Buletin TV3, Sultan Ibrahim bertitah bahawa kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan baginda memegang tampuk pemerintahan negara. 
“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.
“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh ‘bulan madu’ in, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah baginda.

Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
The post Agong Titah ‘Bulan Madu’ Hampir Tamat, Siap Sedia Memerintah Negara appeared first on Borak Daily.

