Agong zahir impian menelusuri Lebuhraya Pan Borneo

14 Feb 2023 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka melahirkan rasa sukacita prestasi dengan pelaksanaan projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak yang dimulakan pada 2015 serta dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

“Adalah menjadi impian Beta untuk memandu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo ini, khusus untuk Beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat Beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu.

“Program kembara ini sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak,” titah Al-Sultan Abdullah dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di sini pada Isnin.

Selain memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur dan

kemudahan awam melalui

kemampanan sektor pembinaan,

Al-Sultan Abdullah bertitah usaha membangun dan memperkasa ekonomi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak perlu dipergiat.

Al-Sultan Abdullah bertitah pembangunan Kompleks Mahkamah di Sabah dan Sarawak juga wajar diberikan perhatian bagi memperkasa pentadbiran undang-undang.

“Infrastruktur berkualiti dan perhubungan akses luar bandar akan ditingkatkan menerusi pembinaan jalan luar bandar, jambatan, utiliti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang lebih baik.

“Jurang pembangunan ekonomi semua kaum dan etnik termasuk Orang Asli akan terus ditangani bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya tahan dan berdaya saing,” titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Seri Paduka bertitah kerajaan telah mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Ini termasuk pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan Sabah, mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknik serta menambah baik tahap pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.