Agrobank kongsi RM60,000 kepada 300 asnaf di Sook

25 Mar 2024 • 1:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Agrobank menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM60,000 dalam bentuk duit raya dan bakul makanan yang memberi manfaat kepada 300 asnaf dari sekitar Daerah Kecil Sook.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada tetamu istimewa golongan asnaf dalam Majlis Iftar Ramadan Agrobank 2024 di Masjid Ar-Raudah Sook pada Sabtu.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank mengambil peluang ini untuk berkongsi rezeki bersama komuniti di Sabah di samping membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan sempena kehadiran Syawal yang bakal menjelang.

“Kami percaya program seumpama ini dapat mengeratkan perasaan kasih sayang dan memupuk tali persaudaraan sesama muslim sejajar prinsip tanggungjawab sosial korporat kami,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Golongan asnaf ini tidak wajar ketinggalan dalam meraikan keistimewaan bulan mulia Ramadan mahupun kemeriahan Aildilfitri seperti orang lain,” tambahnya.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, sejajar dengan aspirasi kerajaan dalam mencapai keterangkuman sosial, inisiatif seperti ini amat digalakkan.

Beliau merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada pihak Agrobank di atas penganjuran majlis seperti ini di Sabah dengan meraikan setiap lapisan masyarakat yang memerlukan.

Terdahulu di majlis yang sama, Agrobank menganjurkan Program Celik Wang dan ceramah agama bertajuk Ramadan Berkat, Taqwa Meningkat yang telah dihadiri oleh lebih 50 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sook.

Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 600 penduduk setempat itu turut dihadiri oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat Fitrah JAIS, Ustaz Ag Juri Ag Tahir, Ketua Pejabat Bahagian Zakat dan Fitriah, Cawangan Keningau, Mohd Al Danish Mohd Hatta dan Pengerusi Masjid Ar-Raudah Sook Hairul Marusin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.