Agrobank sedia bantuan bersasar tangani ketidaktentuan global

Business & Finance
10 Apr 2026 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tengku Ahmad Badli Shah

AGROBANK menyediakan bantuan bersasar kepada pelanggan yang terkesan akibat ketidaktentuan global berterusan termasuk perkembangan di Asia Barat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, seiring usaha industri, bank itu mengguna pakai pendekatan tertumpu berasaskan keperluan termasuk penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan.

“Selain itu, khidmat nasihat turut disediakan bagi membantu pelanggan mengurus cabaran kewangan. Agrobank kekal komited menyokong pelanggan khususnya agropreneur dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh mencabar ini.

“Pelanggan yang menghadapi kesukaran digalakkan untuk berhubung lebih awal dengan kami bagi meneroka bantuan yang bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, sebagai institusi kewangan pembangunan, Agrobank akan terus menyokong daya tahan sektor pertanian dan memastikan sekuriti makanan negara di samping memantau perkembangan semasa dengan teliti.