AGRONITA: Pembiayaan Khas Usahawan Mikro Wanita

LocalBusiness & Finance
15 May 2026 • 2:47 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Agrobank telah memeperkenalkan pembiayaan khas untuk usahawan mikro wanita dalam sektor agro dan agri yang ingin mengembangkan perniagaan dengan lebih yakin iaitu AGRONITA.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai pembiayaan ini.

Image from: AGRONITA: Pembiayaan Khas Usahawan Mikro Wanita

Mengenai AGRONITA

AGRONITA ialah pembiayaan khusus kepada usahawan mikro wanita bagi tujuan modal pusingan atau pembelian/pembangunan aset tetap bagi memenuhi keperluan perniagaan.

Ia dilaksanakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, sekali gus membuktikan komitmen bank berkenaan dalam memacu pertumbuhan perniagaan mikro yang diterajui oleh wanita.

Selain itu, ia juga dianjurkan oleh Agrobank yang bermatlamat untuk:

  • Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara.
  • Hari Wanita Antarabangsa 2026.
  • Menggalakkan usahawan wanita mendapatkan pembiayaan mikro.
  • Meningkatkan jumlah pelanggan usahawan wanita di Agrobank.

Bagi wanita yang berjaya mendapat pembiayaan ini, mereka akan diberikan hadiah istimewa oleh Agrobank iaitu Parasol.

Namun, ia terhad kepada 200 pelanggan terawal dan setiap pemohon hanya layak memenangi satu 1 hadiah pendaftaran sahaja.

Tujuan Pembiayaan

Tujuan pembiayaan ini diwujudkan adalah untuk:

  • Kos operasi perniagaan
  • Pembelian atau Pembangunan Aset Tetap bagi menyokong keperluan perniagaan berasaskan makanan
  • Aktiviti pertanian
  • Modal pusingan
Image from: AGRONITA: Pembiayaan Khas Usahawan Mikro Wanita

Had & Tempoh Pembiayaan

Had pembiayaan yang ditetapkan adalah:

  • Minimum: RM1,000
  • Maksimum: RM100,000

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun dengan kadar keuntungan serendah 4.75% setahun.

Kelayakan Pembiayaan

Syarat kelayakan pembiayaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Usahawan wanita warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun (semasa permohonan) sehingga 70 tahun (semasa tamat tempoh pembiayaan).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan.
  • Usahawan wanita yang memohon pembiayaan melalui Kempen Agronita kini telah menerima kelulusan dan dana telah disalurkan.
  • Individu bekerja sendiri (wanita) yang menjalankan aktiviti perniagaan tetapi tidak berdaftar dengan mana-mana entiti pendaftaran perniagaan adalah layak untuk memohon pembiayaan ini tertakluk kepada syarat-syarat semasa pihak Agrobank.
  • Merupakan usahawan mikro (wanita) yang menepati kriteria seperti yang dinyatakan pada definisi SME, SME Corporation Malaysia.
  • Entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Syariah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon boleh membuat permohonan dengan mengunjungi cawangan Agrobank terdekat.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan AGRONITA?

AGRONITA ialah pembiayaan khusus kepada usahawan mikro wanita bagi tujuan modal pusingan atau pembelian/pembangunan aset tetap bagi memenuhi keperluan perniagaan.

Apakah tujuan pembiayaan ini?

– Kos operasi perniagaan
– Pembelian atau Pembangunan Aset Tetap bagi menyokong keperluan perniagaan berasaskan makanan
– Aktiviti pertanian
– Modal pusingan

Bolehkah usahawan wanita yang tidak berdaftar di bawah perniagaan memohon pembiayaan ini?

Ya. Individu wanita bekerja sendiri yang berniaga tetapi tidak berdaftar dengan mana-mana entiti perniagaan layak memohon, tertakluk kepada syarat semasa Agrobank.

Berapakah had pembiayaan yang ditetapkan?

– Minimum: RM1,000
– Maksimum: RM100,000

Di manakah saya boleh memohon?

Pemohon boleh mengunjungi mana-mana cawangan Agrobank yang berdekatan untuk membuat permohonan.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai AGRONITA, sila layari laman web https://www.agrobank.com.my/my/announcements/kempen-agronita-2026/.

Baca juga: Geran Agropreneur NextGen: Bantuan Barangan Hingga RM50,000

View Original Article