Agus enggan ulas darjah kebesaran ditarik Sultan Kelantan

18 Jan 2024 • 5:20 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hari ini, enggan mengulas mengenai penarikan balik Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) diterimanya pada 2011.

“Saya tidak mahu komen perkara itu, saya kini berada di luar negara,” katanya ringkas ketika dihubungi Scoop bagi mendapatkan pengesahan berkait penarikan balik darjah berkenaan.

Menerusi satu warta yang tular sejak pagi tadi, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V memperkenan DPSK kepada Agus, ditarik balik berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Warta bertarikh 28 Disember lalu itu memaklumkan, Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

“Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

"Penarikan balik ini berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu,” menurut kenyataan menerusi warta berkenaan. - 18 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved