Ahli Community di WhatsApp kini boleh sembunyikan nombor telefon bagi tujuan keselamatan

Digital
11 Jul 2023 • 11:10 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Community adalah satu ciri besar yang dilancarkan oleh WhatsApp dalam tahun 2022. Ia membolehkan ramai pengguna berhimpun dalam keadaan lebih tersusun berbanding menggunakan Group. Bagi menambah tahap kerahsiaan pada Community, anda kini boleh merahsiakan nombor telefon anda daripada dilihat oleh ahli Community yang lain.

Menurut WABetaInfo, ciri tersebut sedang disebarluaskan kepada pengguna-pengguna platform permesejan itu. Makanya, anda disarankan untuk memeriksa kemas kini WhatsApp Android dan iOS anda. Sebelum ini, sekiranya peserta Community tidak menghantar sebarang mesej dalam kumpulan, maklumat nombor telefon hanya boleh diakses oleh admin sahaja.

image is not available

Sejurus peserta membuat penghantaran mesej ataupun memberi respons kepada sesuatu mesej menggunakan emotikon reaksi, ahli-ahli komuniti lain boleh melihat maklumat tersebut.

Untuk mengaktifkan fungsi merahsiakan nombor telefon, anda boleh carinya dalam ruangan setting dan cari "Phone number privacy".

Sumber: WeBetaInfo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved