Ahli GISBH Tukar Identiti Dan Papan Tanda Premis Supaya Dapat Teruskan Perniagaan

LocalBusiness & Finance
26 Sep 2024 • 3:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
gisbh

Menurut laporan dari mStar, ahli GISBH kini giat membuat perancangan baharu agar perniagaan mereka dapat diteruskan.

Terbaru, mereka telah menukar identiti dan imej perniagaan ke jenama baharu supaya tidak diketahui orang ramai terutama pihak berkuasa.

image is not available
Sumber Gambar: mStar

Hasil laporan daripada sumber dalaman yang merupakan bekas ahli GISHB, pekerja di sebuah restoran mereka yang terletak di Mesir telah menggunakan pakaian yang lebih moden serta memberi alasan sudah lama keluar dari syarikat itu.

Sekarang saya dapat maklumat mereka yang mempunyai banyak perniagaan
terutama di luar negara, mula tukar imej, identiti mereka pun bertukar.

Macam laporan yang saya dapat dari Mesir, kat sana mereka dah tukar pakai
topi, seluar jeans, seluar biasa dan tak nampak lagi identiti asal.

image is not available
Sumber Gambar: mStar

Selain itu, ahli GISBH juga perlu mengatakan bahawa mereka sudah lama keluar dari syarikat itu sekiranya mendapat pertanyaan dari orang luar.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar