Ahli Kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Meninggal Dunia

22 May 2024 • 7:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ahli Kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Meninggal Dunia

Ahli kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin telah meninggal dunia di rumahnya di Saujana Utama pada petang ini.

Berita duka itu dikongsikan oleh kumpulan nasyid itu di Facebook sebentar tadi.

“Alfatehah buat Allahyarham Nazrul Azhar B. Tamrin anggota Rabbani yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

“Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang bertaqwa. Beliau memghembuskan nafaz terakhir di rumahnya di Saujana Utama,” kata kumpulan itu.

Dalam perkongsian yang lain, kumpulan itu berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan malam ini di Saujana Utama.

“Mandi jenazah akan diuruskan di masjid Saujana Utama
In Syaa Allah lepas maghrib van jenazah akan datang ambil jenazah dan bawa ke masjid saujana,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media pernah melaporkan bahawa Allahyarham menderita penyakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu.

Sumber: Rabbani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved