Ahli MKT UMNO sokong idea Syed Saddiq, KJ, Rafizi tubuh parti baharu

LocalPolitics
19 Jun 2025 • 11:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
tubuh parti baharu

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyifatkan cadangan beberapa tokoh muda politik tanah air untuk bergabung tubuh parti baharu sebagai satu langkah yang baik dan menarik.

image is not available

Ahli politik muda mungkin boleh tubuh parti baharu

Menerusi Facebook Puad, beliau menyebut beberapa nama termasuklah Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Khairy Jamaluddin, Shahril Hamdan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Akmal Nasrullah, Wan Saiful Wan Jan dan Datuk Larry Sng.

“Secara automatik parti ini sudah ada 7-10 ahli parlimen. Satu ‘bargaining power’ cukup kuat diketika tidak ada ‘single party’ yang boleh memerintah di Malaysia,” katanya.

image is not available
Tubuh parti baharu, ada potensi besar dapat sokongan

Menurut Puad, gabungan itu mempunyai potensi besar berdasarkan latar belakang pendidikan dan pengalaman masing-masing dalam kepimpinan parti asal, walaupun beliau turut mempersoalkan sejauh mana keserasian antara mereka boleh dicapai.

“Dengan latar belakang pendidikan, pengalaman jawatan tinggi dalam parti asal dan sifat suka berbeza idea dalam parti, maka apakah mereka ini serasi untuk bergabung? Selamat mencuba untuk kepelbagaian parti di Malaysia,” katanya.

image is not available

Malah, beliau mengumpamakan gabungan ini seperti pasukan bola sepak bertaraf bintang yang berpotensi menjuarai liga jika pemainnya mampu beraksi secara serasi.

Sumber: Facebook DrPuad Zakarshi