KAJANG, 16 JAN: Ahli Parlimen Bangi memanfaatkan kunjungan rumah ke rumah sempena Tahun Baharu Cina dengan berkongsi inisiatif Kerajaan Negeri.
Syahredzan Johan berkata langkah tersebut diambil bagi menguar-uarkan pelbagai bantuan disediakan Kerajaan Negeri khususnya baucar Jom Shopping Perayaan.
“Di Parlimen Bangi seramai 38 peratus berbangsa Cina… sudah pasti kita menyantuni semua penduduk dengan menyerahkan sampul angpau dan limau.
“Bagaimanapun, ketika kunjungan jika penduduk memerlukan bantuan kita akan membantu dengan merujuknya ke pejabat ahli dewan negeri berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, EXCO pembasmian kemiskinan memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM4.76 juta bagi baucar Jom Shopping Perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
V Papparaidu berkata 23,800 baucar bernilai RM200 akan diagih pejabat DUN dan penyelaras membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).
The post Ahli Parlimen Bangi kongsi inisiatif Kerajaan Negeri kepada penduduk appeared first on Selangorkini.


