Ahli Parlimen Bersatu tidak sertai pembangkang keluar dewan

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 11:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ahli Parlimen Bersatu tidak sertai pembangkang keluar dewan

PETALING JAYA: Semua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menyertai pembangkang yang enggan menghadiri Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai  Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, Ahli Parlimen Bersatu, sebagai wakil pembangkang tidak berhasrat keluar persidangan itu kerana isu TH terlalu penting untuk dijadikan drama politik.

“Ahli Parlimen BERSATU adalah pembangkang, kami tidak akan keluar. Ini isu penting untuk rakyat dan tidak perlu ada drama politik.

“Kami juga sudah meminta tempoh perbahasan dilanjutkan. Rakyat perlu mengetahui kebenaran,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, pembangkang memilih untuk tidak menyertai sidang khas Dewan Rakyat mengenai RCi TH selepas permintaan untuk ia ditangguhkan tidak dilayan.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, beliau sudah menghantar surat ke pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam dengan antara alasan yang dinyatakan adalah kerana faktor kesihatan kepimpinan utama kerajaan.

Namun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, sidang khas mengenai RCI TH tetap akan diteruskan hari ini walaupun tidak dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-UTUSAN

The post Ahli Parlimen Bersatu tidak sertai pembangkang keluar dewan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved