Ahli Parlimen Indonesia Kritik Sistem KTP, Bandingkan Dengan MyKad

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 2:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ahli Parlimen Indonesia Kritik Sistem KTP, Bandingkan Dengan MyKad

Ahli Parlimen Indonesia Kritik Sistem KTP, Bandingkan Dengan MyKad

Ahli Parlimen Indonesia, Deddy Sitorus, mengkritik penggunaan kad pengenalan atau Kad Tanda Penduduk (KTP) negara itu yang tidak dimanfaatkan secara meluas seperti di Malaysia.

Menerusi satu sidang parlimen dengan Kementerian Dalam Negeri, Sitorus meluahkan kekecewaannya dan berkata Indonesia sangat 'mahir' dalam membazirkan wang, contohnya dalam hal data.

Beliau berkata data yang ada boleh diintegrasikan pada KTP itu.

"Kalau urusan membazirkan wang, kita juara nombor satu. Padahal kita boleh guna data (E-KTP) untuk semua urusan," katanya.

Beliau turut memberi gambaran bagaimana Pertamina mengeluarkan peruntukan bagi membangunkan data sendiri untuk subsidi bagi golongan sasaran.

Baca juga:

Begitu juga dengan Komisi Pemilihan Umum (KPU) bagi data calon pengundi, serta Badan Usaha Milik Negara (BUMN) dan agensi lain.

"Pertamina keluarkan wang, buat data sendiri untuk subsidi. Tapi tak menyelesaikan masalah itu, malah banyak masalah lain di sana.

"KPU pula keluarkan wang untuk data pilihan raya. Trilion-trilion urusannya ini. Kemudian BPJS buat lagi, Kementerian Sosial buat lagi. Semuanya buat hanya untuk urusan data.

"Luar biasa, menurut saya ini merupakan pembaziran yang sangat besar," katanya.

Image from: Ahli Parlimen Indonesia Kritik Sistem KTP, Bandingkan Dengan MyKad
Kredit: Tribun Medan

Menurutnya, masalah itu bukan perkara baharu dan menyatakan bahawa Malaysia lebih maju dalam hal pentadbiran kependudukan.

Tegasnya, masalah itu akan dapat diselesaikan jika terdapat kemahuan politik yang tinggi untuk mengubahnya.

Beliau turut menyatakan bahawa walaupun KTP sudah dilengkapi cip, masyarakat masih diminta membuat salinan fotokopi bagi menguruskan urusan pentadbiran.

"KTP kita sudah pakai cip dan sebagainya, tapi masih perlu fotokopi lagi. Ditanya lagi kad keluarga, ditanya lagi surat lahir," katanya.

Tambahnya, perkara seperti itu adalah isu asas dan merupakan sebahagian daripada perkhidmatan asas kerajaan.

"Jadi untuk apa semua itu, bila kita hilang KTP, diminta semua dokumen itu lagi. Ini urusan negara, perkhidmatan asas kerajaan. Kenapa jadi begitu rimut?," katanya lagi.