Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN

21 Nov 2023 • 10:32 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd Muttalib sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkembangan kesihatan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi persidangan hari ini bermula.

Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.

"Saya nak maklumkan bahawa sahabat kita berada di Intensive Cardiac Care Unit (ICCU) di IJN, dan beliau tidak boleh dilawati.

"Namun kita berdoa lah ya agar sahabat kita dilindungi ALLAH dan sembuh dengan segera," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved