Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ahli parlimen seharusnya memperjuangkan suara rakyat dan bukannya menjadi jurucakap kepada ‘tauke’ besar yang berkepentingan. Memetik laporan daripada Kosmo! Anwar yang membidas dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat hari ini menyatakan isu tarif elektrik yang kononnya membebankan rakyat sebenarnya tidak berbangkit kerana ia hanya melibatkan sektor industri dan bukannya pengguna biasa. Menurut beliau lagi, rakyat telah pun menerima bil elektrik untuk bulan Julai dan purata penurunan dicatatkan antara lapan hingga 14 peratus. Anwar turut menyentuh sikap tidak konsisten pembangkang yang lantang bersuara mengenai tarif elektrik, namun membisu apabila tarif air dinaikkan di negeri-negeri pentadbiran mereka sendiri. Artikel lain: PM Anwar dedah hampir RM5 bilion ‘wang ihsan’ disalur kepada Terengganu, Kelantan Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang membangkitkan persoalan mengenai pengurusan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion. Anwar menegaskan, kerajaan tetap komited melaksanakan reformasi fiskal tanpa membebankan rakyat.Bidas dakwaan ahli parlimen pembangkang
“Harga elektrik turun, harga minyak turun. Inilah keadaannya,”

Ahli Parlimen jangan jadi jurucakap tauke
“Tarif elektrik naik, (tetapi) bayaran itu lebih rendah. Jika ada bayar lebih, saya tidak faham kerana purata penurunan adalah lapan hingga 14 peratus,” ujarnya.

Bising tarif elektrik, tapi membisu tarif air
“Kita tidak mahu melarang atau menyuruh, tiada halangan. Ini keputusan negeri kerana air adalah bidang kuasa negeri. Jadi, kenapa ‘double standard’,” katanya.

Sumber:
(Zulkifli Manzor)
