Ahli Parlimen, Senator kena jadi contoh hentikan tabiat merokok

LocalPolitics
13 Dec 2023 • 2:15 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara disaran menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dalam usaha kerajaan menghentikan tabiat merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, ia penting seiring kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara sebagai penggubal dasar dan undang-undang negara yang tertinggi.

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat berikutan ramai dalam kalangan senator serta wakil rakyat yang merupakan perokok tegar dan lebih malang perlakuan negatif itu ditularkan menerusi media sosial.

"Penguatkuasaan (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kelak) perlu diambil serius. Tan Sri Yang Dipertua (Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar) saya mohon khidmat nasihat dan saranan kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar tidak merokok.

"Kita adalah penggubal dasar, jangan pula beri contoh buruk kepada masyarakat kerana banyak gambar dan cerita (menerusi laman maya) bahawa masih ramai perokok dalam kalangan Ahli Parlimen dan Senator," katanya dalam sesi jawab lisan di sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu langkah kerajaan memastikan penguatkuasaan undang-undang dapat membendung peningkatan merokok dalam kalangan generasi muda. - 13 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved