Ahli Parlimen Subang Kata ‘Susah’ Hidup Dengan Gaji RM16,000 Sebulan – “Kami Dibayar Rendah Berbanding Apa Kami Perlu Tanggung”

LocalPolitics
19 May 2025 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan kenaikan gaji wakil rakyat.

Wong berkata langkah itu penting bagi memastikan pelaksaaan tugas berjalan dengan lebih cekap dan berkesan. Kata Wong, gaji ahli parlimen pada masa kini dikira terlalu rendah kerana mereka juga perlu menyara keluarga serta pegawai dan kakitangan pejabat mereka.

Mereka fikir kita hanya jaga anak dan pasangan? Sebenarnya kita juga kena tanggung semua orang di pejabat kita.

Image from: Ahli Parlimen Subang Kata ‘Susah’ Hidup Dengan Gaji RM16,000 Sebulan – “Kami Dibayar Rendah Berbanding Apa Kami Perlu Tanggung”

Kredit: Ekonomi Rakyat

Kerja politik ini luar biasa. Selagi belum jadi ahli politik, orang tidak akan faham berapa banyak kos yang terlibat… banyak elaun itu bukan gaji.

Sebelum ini, Wong juga pernah memberitahu bahawa gaji bulannya sebagai wakil rakyat berjumlah RM16,000 hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan keluarganya.

Kami sebenarnya dibayar rendah berbanding apa yang perlu kami tanggung, terutama menggaji staf dan pengurusan kawasan Parlimen.

Image from: Ahli Parlimen Subang Kata ‘Susah’ Hidup Dengan Gaji RM16,000 Sebulan – “Kami Dibayar Rendah Berbanding Apa Kami Perlu Tanggung”

Kredit: Parlimen Malaysia

Isu gaji wakil rakyat bukanlah isu biasa yang menjadi bualan hangat rakyat di media sosial dan sehingga kini ramai berpendapat wang yang diberikan sebagai elaun wakil rakyat boleh disalurkan kepada urusan yang lebih penting.

Setiap wakil rakyat menerima elaun tambahan dan apabila dijumlahkan semuanya mereka menerima kira-kira RM25,700 secara bulanan.

image is not available 2 months ago

"Gaji Ahli Parlimen Cecah RM40K Takkan Miskin Lagi? Beli Kereta Banyak & Isteri Banyak Mungkinlah" - PMX