
KOTA MARUDU: Ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) digesa memberi perhatian sepenuhnya terhadap gerak kerja bagi menarik lebih banyak sokongan dan keyakinan rakyat.
Timbalan Presiden PBS Datuk Jahid Jahim (gambar) berkata ia penting untuk menyelesaikan sebarang isu demi meneruskan keperkasaan parti pada masa akan datang.
Katanya, semua jentera parti sama ada di peringkat akar umbi mahu pun peringkat tertinggi perlu bekerjasama dalam membuktikan kerja keras mereka bagi meneruskan keperkasaan parti untuk menghadapi apa jua ‘kemungkinan’ yang bakal berlaku.
