
Kota Kinabalu: Seorang ahli perniagaan berusia 46 tahun, yang merupakan antara 13 individu yang didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”, memfailkan permohonan ikat jamin di Mahkamah Tinggi di sini.
Permohonan Nelson Yen Yee Chung disebut pada Selasa di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faridz Gohim Abdullah.
Faridz menetapkan 6 Mei untuk keputusan.
Mahkamah juga memerintahkan responden (pendakwaan) memfailkan afidavit pada atau sebelum 12 April, dan dijawab oleh pemohon pada atau sebelum 19 April, dengan hujahan bertulis difailkan serentak pada atau sebelum 26 April dan dijawab, jika ada pada atau sebelum 3 Mei.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Yen dan 12 lagi – Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; Mahathir Jibarail, 49; Norsyafilah Pawawoi, 27, dan Zulkahar Dusing, 38 sebelum ini didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan kesalahan itu dari 2015 hingga 2023.
Tiada pengakuan diambil daripada mereka kerana pengakuan mereka hanya akan direkodkan apabila kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara lima tahun dan 20 tahun jika sabit kesalahan, 13 daripada mereka diperintahkan direman lanjut sementara menunggu sebutan semula kes mereka pada 22 Mac.
Terdahulu, dalam prosiding Selasa di Mahkamah Tinggi, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Yen, memaklumkan kepada mahkamah bahawa notis usul dan afidavit telah diserahkan melalui kurier ke Putrajaya pada 5 Mac dan juga salinannya kepada Jabatan Peguam Negara Cawangan Sabah, pada hari sama.
Ram berkata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang mengendalikan kes itu adalah daripada Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan mendapatkan arahan daripada mahkamah sama ada pihak-pihak boleh mengemukakan dan menjawab afidavit bersama-sama.
DPP Afiq Agoes, yang mewakili DPP Lina Hanini Ismail, memohon penangguhan sebulan memandangkan DPP yang bertanggungjawab perlu menjawab afidavit dan berurusan dengan Jabatan Penjara untuk pemeriksaan kesihatan pemohon.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

