Ahli PPAS bakal duduki SPM dipelawa sertai bengkel subjek Sejarah percuma

17 Aug 2023 • 9:43 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 OGOS: Ahli Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipelawa menyertai bengkel subjek Sejarah SPM 2023 A+ pada 9 September.

Agensi terbabit memaklumkan program percuma yang terhad kepada 55 peserta terawal itu bermula 8.30 pagi hingga 1 tengah hari di Bilik Seminar 4, Tingkat 4, Pustaka Raja Tun Uda.

“Rebut peluang untuk mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari setahun yang lalu sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

“Pengajar berkaliber dalam subjek Sejarah SPM akan membuat kupasan subjek, struktur soalan, teknik menjawab dan persediaan menghadapi peperiksaan. Daftar segera, tempat terhad,” maklumnya menerusi Facebook.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Puan Sharifah di talian 017 – 578 1807 atau mengimbas kod QR tertera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved