Ahli Sewaan Tak Membantu, Rating ‘Running Man’ Kekal Mendatar

23 Jul 2024 • 12:59 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ramai ke yang masih kekal menonton “Running Man” sehingga sekarang?

Dalam episod terbaru, kesemua ahli bersama Ji Ye-eun dan Kang Hoon telah menjalani misi diambil dari inspirasi Sukan Olimpik Paris 2024.

Meskipun memaparkan pelbagai permainan menarik dan kelakar namun ianya tidak mampu menarik jumlah penonton yang tinggi. Malah episod terbaru ini hanya meraih rating sebanyak 2.2% sahaja.

image is not available

Bukan itu sahaja, beberapa episod sejak kebelakangan ini hanya mampu duduk dalam lingkungan 2% sahaja dan tidak menunjukkan sebarang potensi untuk peningkatan yang memuaskan.

Apa kata orang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.