Nur Auni, yang merupakan bekas pelajar AE Autism Home HQ menghadiahkan gambarnya kepada pakar terapi di situ sebagai tanda penghargaan - Syeda Imran
Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun. Pengisytiharan tarikh berkenaan dilakukan sebulat suara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memberikan penekanan terhadap usaha membantu meningkatkan kualiti hidup penghidap autisme.
Sempena dengan sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia itu, Getaran mendekati pakar terapi dan pendidik di AE Autism Home HQ, iaitu sebuah pusat pendidikan khas yang terletak di Bangi, Selangor.
Kebenaran telah diperoleh daripada pusat dan ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk menggunakan gambar-gambar mereka.
AE Autism Home HQ telah beroperasi sejak 2019 dan mempunyai lima cawangan di beberapa negeri. Ia khas bagi melatih kanak-kanak yang menghidap autisme agar mereka boleh berdikari pada masa hadapan.
Jurufoto Getaran, Syeda Imran mengadakan tinjauan di AE Autism Home Therapy ini.
Gibran, pelajar cilik yang sentiasa aktif.
Dr. Siti Shahiszma berinteraksi dengan kanak-kanak di pusat berkenaan dan melatih mereka untuk duduk di satu-satu tempat dalam masa yang lama.
Aariz, salah seorang pelajar di pusat berkenaan yang tidak suka mendengar apa apa lagu termasuk lagu hari jadi.
Pakar terapi akan melayani pelajar-pelajar bermain dan tidak membiarkan mereka tanpa pengawasan.
Seorang pakar terapi menyuap makanan kepada Zidan.
Di AE Autism Home HQ ini, ibu bapa digalakkan membekalkan makanan kepada anak-anak mereka.
Aktiviti bermain dan menyusun blok dapat meningkatkan fokus serta kesabaran anak-anak.
Aktiviti berjalan atas jari kaki atau dikenali sebagai berjengket.
Buku laporan harian yang disediakan bagi membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak mereka.