Ahmad Dzaffir Ketua Polis Negeri Sembilan Baharu

20 Sep 2022 • 7:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Dzaffir Mohd Yussof - Gambar Bernama

SEREMBAN - Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu bagi menggantikan Datuk Ruslan Khalid berkuatkuasa hari ini.

Ahmad Dzaffir, 52, menggantikan Ruslan yang akan bersara wajib selepas lima bulan berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan. 

Bercakap kepada pemberita, beliau berazam menjalankan tugas dengan amanah dan baik selain memastikan kelancaran pentadbiran serta meneruskan kepimpinan terdahulu dengan penuh kredibiliti.

"Fokus saya adalah memperkasakan integriti, memperkasakan penyampaian perkhidmatan dan mendokong dasar-dasar kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat. 

"Di samping itu juga, bagi diri saya sendiri iaitu misi untuk membanteras segala jenis aktiviti bersindiket seperti perjudian, dadah dan sindiket scam yang mana kita tahu scam adalah trend yang terkini sejak COVID-19 dan ramai jadi mangsa scam melibatkan kerugian berjuta- juta ringgit...itu menjadi fokus utama saya," katanya di sini hari ini.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad yang berlangsung di IPK Negeri Sembilan.

Pada majlis sama turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Negeri Sembilan antara Datin Rohayah Harun dengan DSP Erny Yusnida Che Yusoff. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved