Ahmad Maslan Beri 7 Cadangan Atasi Kenaikan Harga Minyak

LocalPolitics
29 Mar 2026 • 8:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ahmad Maslan Beri 7 Cadangan Atasi Kenaikan Harga Minyak

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mengutarakan tujuh cadangan merangkumi langkah jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi mengatasi kenaikan harga minyak.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, salah satu cadangan yang diberi termasuk menaiki basikal untuk ke lokasi berdekatan.

Baca juga:

“Basikal adalah kaedah yang sihat untuk ke tempat yang dekat,” cadang beliau.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan pemberian insentif kepada mereka yang berkongsi kenderaan ke tempat kerja.

Tambah beliau, penggunaan pengangkutan awam juga satu langkah yang bersesuaian.

“Galakkan penggunaan pengangkutan awam daripada menggunakan kenderaan sendiri,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar penggunaan kenderaan elektrik diperluas.

“Banyakkan pengeluaran, penjualan dan penggunaan kenderaan elektrik, termasuk kereta elektrik, motosikal elektrik, bas elektrik dan lain-lain,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan turut mencadangkan agar hasil kelapa sawit digunakan secara optimum. Langkah tersebut dilihat mampu menyediakan sumber bahan api alternatif dalam jumlah yang lebih besar.

“Hebatkan usaha kajian dan pembinaan kilang biodiesel daripada kelapa sawit untuk kegunaan yang banyak,” jelas beliau.

Ahmad Maslan turut mencadangkan pencarian laluan import dan eksport minyak yang lebih selamat.

Katanya, laluan tersebut perlu mengelakkan kawasan sensitif yang berpotensi berlaku konflik atau peperangan.

Bagi memastikan rakyat menerima manfaat, beliau menekankan kepentingan perdagangan dengan pelbagai negara.

Menurutnya, perdagangan yang melibatkan pelbagai rakan dagang mampu menguntungkat rakyat Malaysia.