Ahmad Maslan dah hilang kemahiran berpantun, kata Ahmad Fadhli

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 2:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ahmad Maslan dah hilang kemahiran berpantun, kata Ahmad Fadhli
Ahmad Maslan ketika program sembang santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Ring DUN Gambir pada Ahad lalu. FOTO/ Facebook Ahmad Maslan

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengulang siar video Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ketika turun berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Ahad lalu.

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook pada Rabu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Ahmad Maslan seolah-olah 'hilang kemahiran berpantun' sejak akhir-akhir ini sedangkan umum mengetahui beliau jaguh menjual dan membeli pantun.

"Dah hilang sikit ‘kemahiran berpantun’ Tok Mad Maslan sejak akhir-akhir ini," katanya dalam nada mengusik.

Berdasarkan petikan video pendek itu, Ahmad Maslan dilihat mengulangi rangkap pantun popular yang pernah digunakannya ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada September 2019.

Ia kononnya bertujuan menarik sokongan pengundi menentang gabungan Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu.

Bagaimanapun dalam kempen PRN Johor kali ini, Ahli Parlimen Pontian itu menukar rangkap terakhir pantun kepada; jika tuan pergi memancing, jangan lupa membawa umpan, jika tak mahu kena kencing, jangan sokong 'parti itu'.

"Macam tak kena je pantun itu?" seloroh Ahmad Maslan ketika program sembang santai bersama pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah Ring Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Situasi itu mengundang gelak tawa dalam kalangan penyokong Barisan Nasional (BN) memandangkan PRN Johor ke-16 menyaksikan PH dan BN bertanding secara berasingan di semua 56 kerusi DUN.

Kedua-dua gabungan bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, namun situasi politik di peringkat negeri Johor menyaksikan parti bertembung sesama sendiri.

Meskipun empat baris pantun itu menjadi memori politik yang melucukan, naratif dan pendirian parti disesuaikan dengan realiti pentadbiran negara masa kini, malah ia masih diguna pakai sebagai modal kempen.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved