Ahmad Terrirudin akhiri tugas Peguam Negara

LocalPolitics
11 Nov 2024 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Peguam Negara,Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh mengimbaskan kad perakam waktu (sesi Clock Out) sebelum meninggalkan Jabatan Peguam Negara pada Isnin. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh akan mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu pada Selasa.

Beliau yang ditemui pemberita di majlis daftar keluar pada hari terakhir perkhidmatan awamnya pada Isnin turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan.

"Terima kasih pada kerajaan kerana memberi saya peluang menerajui Jabatan Peguam Negara (AGC). Esok saya angkat sumpah. Terima kasih," katanya.

Terdahulu, Ahmad Terrirudin mendaftar keluar pada jam 4.32 petang Isnin di lobi AGC, di sini.

Turut hadir, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang akan memulakan tugasnya sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa Selasa.

Ahmad Terriruddin, 56, telah memenuhi kelayakan untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.

Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang pelantikan ke jawatan itu layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada 1992, sudah berkhidmat di pelbagai kedudukan, termasuk hakim Mahkamah Sesyen dan kemudian dilantik pengerusi Mahkamah Perusahaan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Alor Setar juga pernah menjadi Timbalan Ketua Jabatan Sivil di AGC dan berkhidmat sebagai penasihat undang-undang Kedah, sebelum dilantik ketua pendaftar di Mahkamah Persekutuan pada 2019.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved