Ahmad Zahid cabar Muhyiddin minta menantu pulang

Politics
9 Aug 2023 • 5:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan sempena Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Perumahan Nelayan Tok Bali, Pasir Puteh hari ini. - Foto Bernama

PASIR PUTEH - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencabar Pengerusi Perikaran Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meminta menantunya pulang dari luar negara bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, menantu bekas perdana menteri itu, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan tidak sepatutnya takut atau lari jika tidak bersalah.

Pada Isnin, SPRM mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dua individu yang dikesan itu ialah Datuk Muhammad Adlan Berhan, 48, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69.

Dalam laporan terbaharu pada Rabu, Muhammad Adlan menafikan telah melarikan diri ke luar negara.

Menerusi satu kenyataan media, peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu bagi pihak Muhammad Adlan berkata, menjadi hak anak guamnya untuk bergerak bebas termasuk ke luar negara, lebih-lebih lagi bagi urusan perniagaannya.

AKAN MENYUSUL