Ahmad Zahid Dibenar Simpan Pasport Untuk Perjalanan Rasmi - Mahkamah Rayuan

LocalPolitics
27 Mar 2023 • 11:28 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan memegang pasportnya untuk tujuan perjalanan rasmi.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hanipah Farikullah, seperti dilaporkan media.

Presiden UMNO itu yang turut berdepan 47 pertuduhan rasuah, sebelum ini memohon menyimpan pasport peribadi dan diplomatik, bagi memudahkannya melakukan perjalanan untuk tugasan rasmi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada awal Februari menolak permohonan beliau untuk mendapatkan kembali pasport yang diserahkan kepada mahkamah, sebagai sebahagian daripada syarat jaminan dalam perbicaraan rasuahnya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berdepan pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi.

Beliau dibebaskan Mahkamah Tinggi dalam satu kes membabitkan dakwaan rasuah yang diterima melalui kontrak sistem visa asing, tetapi pihak pendakwaan memfailkan rayuan. - The Vibes, 27 Mac 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved